Catatan

Quran, humanity, politics, business and law

Siyasah Syar`iyyah   merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan implimentasi tugas   khalifah   Allah di muka bumi ini. Ia adalah tugas asasi manusia dijadikan dan dihidupkan di dunia ini. Pada hakikatnya tugas ini bukan sekadar mentadbir urusan manusia tetapi sebelum itu,    ia juga berkaitan dengan bagaimana hendak menjadikan manusia boleh ditadbir oleh sebuah pentadbiran yang berasaskan kepada undang-undang dan peraturan Syariat Islam. Bagaimanakah hendak menjadikan manusia yang jahil terhadap hakikat ketuhanan dan perundangannya boleh menerima hukuman Allah dalam kehidupan mereka yang bercanggah dengan kepentingan nafsu dan pemikiran mereka yang sempit? Bagaimana hendak mendisiplinkan manusia yang hidup dengan neraca pemikiran yang berbeza yang berasaskan kepada kebendaan semata-mata kepada hidup di bawah disiplin Islam yang berasaskan kepada neraca tauhid? Persoalan ini ingin menonjolkan bahawa ilmu dan amalan   siyasah syar`iyyah   yang seb...
Catatan terbaharu