Langkau ke kandungan utama

Quran, humanity, politics, business and law


Siyasah Syar`iyyah merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan implimentasi tugas khalifah Allah di muka bumi ini. Ia adalah tugas asasi manusia dijadikan dan dihidupkan di dunia ini. Pada hakikatnya tugas ini bukan sekadar mentadbir urusan manusia tetapi sebelum itu,  ia juga berkaitan dengan bagaimana hendak menjadikan manusia boleh ditadbir oleh sebuah pentadbiran yang berasaskan kepada undang-undang dan peraturan Syariat Islam. Bagaimanakah hendak menjadikan manusia yang jahil terhadap hakikat ketuhanan dan perundangannya boleh menerima hukuman Allah dalam kehidupan mereka yang bercanggah dengan kepentingan nafsu dan pemikiran mereka yang sempit? Bagaimana hendak mendisiplinkan manusia yang hidup dengan neraca pemikiran yang berbeza yang berasaskan kepada kebendaan semata-mata kepada hidup di bawah disiplin Islam yang berasaskan kepada neraca tauhid?

Persoalan ini ingin menonjolkan bahawa ilmu dan amalan siyasah syar`iyyah yang sebenarnya bermula daripada proses dakwah rasulullah s.a.w mengajak manusia agar menerima ketuhanan Allah dan hak-hak Uluhiyyah dan MulkiyahNya semasa di Mekah lagi sehinggalah hari kiamat. Oleh kerana ilmu berkaitan dengan fiqh ini mula disusun pada zaman pemerintahan Islam maka ulama ketika itu telah menyempitkan perbincangan mereka kepada aspek-aspek kenegaraan yang merupakan keperluan pelaksanaannya ketika itu.

Lantaran itu topik perbincangan siyasah syar’iyyah di dalam kitab-kitab terdahulu mengandungi bidang perbincangan yang berkaitan dengan kenegaraan dan pemerintahan seperti; perlembagaan negara, sistem pemerintahan, tanggungjawab pemerintah dan hak-haknya, hak-hak rakyat, undang-undang dan kehakiman, dasar-dasar negara dalam seluruh aspek; kewangan, pendidikan, pembangunan, keselamatan dan hubungan luar sahaja, dalam erti kata tidak memasukkan aspek-aspek siyasah dakwah, siyasah tarbawiyah dan pembinaan daulah dalam perbincangan mereka.

Oleh itu para ulama dalam membicarakan mengenai siyasah syar`iyyah hanya membincangkan mengenai ilmu yang berkaitan dengan peraturan dan disiplin pembentukan sesebuah kerajaan dan pemerintahan yang berasaskan syariat Islam. Perbincangannya termasuklah perkara berkenaan hukum melantik pemerintah, sifat-sifat seseorang pemerintah, cara perlantikannya, tujuan perlantikannya atau tanggungjawab seseorang pemerintah dan juga cara-cara pemerintahan, perkara yang menjadi asas perlantikan para pekerja, mentadbir sumber pendapatan dan perbelanjaannya, menyelesaikan pertikaian, menegakkan keadilan dan mewujudkan segala sistem yang berkaitan.

Pada sudut yang lain penulisan siyasah syar`iyyah atau pemerintaha Islam adalah untuk menjelaskannya sebagai satu alat yang amat penting  bagi menegakkan maqasid syarak di samping juga merupakan simbul perhambaan sebenar manusia kepada Allah yang dipertanggungjawabkan untuk mengabdikan diri mereka kepada-Nya terutamanya sebagai khalifah Allah di dunia ini dalam erti kata sebagai pemerintah sebuah kerajaan.
https://www.serantaumuslim.org.my/
PENDAHULUAN

Sistem politik adalah sebahagian daripada Islam yang syumul, namun begitu sistem politik yang berasaskan kepada syarak adalah berbeza dengan sistem politik masa kini yang berasaskan kepada fahaman sekular. Pendedahan kepada sistem politik Islam merupakan suatu perkara asas kepada masyarakat ke arah memahami hakikat pemerintahan Islam. Politik Islam dalam istilah fuqaha ialah siyasah syariyyah. Perkataan siyasah pada penggunaannya di sudut bahasa bermaksud mentadbir sesuatu perkara dengan baik atau pemerintah mentadbir urusan rakyat (Mu‟jam al-Wajiz: 1980). Para fuqaha pula mentakrifkannya sebagai tindakan pemerintah terhadap sesuatu perkara kerana suatu kemaslahatan walaupun tindakan itu tidak mempunyai dalil pada juzuknya (Abdul Wahab Khallaf: 1982, hal. 18) atau dengan kata lain menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut ketentuan syarak.

Perkataan Syari`ah berasal dari perkataan Syari`at dalam bahasa Arab, yang dalam penggunaan biasanya diertikan sebagai jalan yang lurus, tempat keluar sesuatu dan jalan ke tempat air minum. Kaitan perkataan syariah dari segi bahasa menunjukkan kepada kita bahawa kewujudan air adalah penghubung kepada penerusan hayat manusia. Begitu juga jalan yang lurus adalah sesuatu yang membawa manusia ke arah kebaikan. Perkataan Syari`ah juga digunakan di dalam al-Quran dalam banyak ayat, antaranya ada yang bermaksud sebagai peraturan hidup yang terkandung dalam suruhan dan larangan dan ada juga yang bermaksud seluruh ajaran agama yang merangkumi aspek keimanan, perundangan dan akhlak. Manakala Syari`at Islam ialah seluruh apa yang disyariatkan oleh Allah di dalam agama sama ada dengan wahyu atau dengan sunnah Rasulullah SAW. Ianya termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan persoalan akidah dan keimanan, akhlak-akhlak yang mulia dalam perhubungan sesama anggota masyarakat dan hukum-hukum Allah yang berkaitan dengan perbuatan para mukallaf sama ada halal, haram, wajib, sunat dan harus yang dikenali sebagai fiqh dan juga perundangan Islam (Muhammad Yusuf Musa: 1996).

Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya yang bermaksud: "Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhum al-anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermaksud mengurusi urusan masyarakat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim).” (Hadis Riwayat Thabrani).

Kebanyakan ulama mendefinasikan pengertian siyasah dengan definisi yang tidak lari daripada kedua-dua takrifan di atas. Oleh itu ilmu siyasah syar`iyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undangundang dan sistem yang berasaskan kepada asas-asas Islam atau sebagaimana pernyataan Abdul Wahab Khallaf iaitu mentadbir urusan umum bagi daulah Islamiah dengan perkara.

Kandungan perbincangan siyasah syar`iyyah ialah sistem peraturan dan undang-undang yang diperlukan dalam urusan sesebuah negara yang bertepatan dengan asas-asas agama dan dapat mencapai kemaslahatan kepada manusia dan menunaikan segala keperluan mereka. Perbincangan ulama-ulama silam mengenai siyasah syar`iyyah dalam kitab-kitab mereka adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada pemerintah ketika itu khususnya dan kepada ummah amnya mengenai ilmu-ilmu pentadbiran Islam sebagaimana Abu Yusuf menulis kitab al-Kharaj, al-Juwaini menulis kitab al-GhiyasiGhiyas al Umam Fi Tayas Ahl al-Dzalam, al-Mawardi menulis kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah, Ibn Taimiyyah menulis Siyasah Syar`iyyah Fi Ra`i wa al-Ra`iyyah, Ibn Qayyim menulis kitab Turuk al-Hukmiyyah, Ibn Jamaah menulis kitab Tahrir al-Ahkam Fi Tadbir Ahl al-Islam.

DEFINISI SIYASAH SYAR’IYYAH MENURUT ISTILAH

Para fuqaha mentakrifkan siyasah syar`iyyah sebagai tindakan pemerintah terhadap sesuatu perkara kerana mendapatkan suatu kemaslahatan walaupun tindakan itu tidak mempunyai dalil pada juzuknya. Dalam penakrifan lain mereka berkata menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut ketentuan syarak. Kebanyakan tulisan yang berkaitan dengan siyasah syar`iyyah mendefinasikan pengertian siyasah dengan definisi yang berkisar di atas kedua-dua takrif tersebut.

Siyasah syar`iyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undang-undang dan sistem yang berasaskan kepada asas-asas Islam atau mentadbir urusan umum daulah Islamiah dengan cara yang membawa kebaikan kepada manusia dan mengelakkan mereka daripada kemudharatan, tanpa melanggar sempadan syarak dan asas-asas kulliyyah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati oleh ulama mujtahidin (Abdul Wahab Khallaf: 1982).[1]

Oleh itu topik perbincangan siyasah syar`iyyah di kalangan para fuqaha ialah sistem peraturan dan undang-undang yang diperlukan di dalam mengurus sesebuah negara bertepatan dengan asas-asas agama bagi menjamin pencapaian kemaslahatan kepada manusia, menunaikan segala keperluan mereka dan menjauhkan mereka daripada kemudaratan dunia dan akhirat.
                                                           
KONSEP SIYASAH SYAR’IYYAH

Secara umumnya manusia adalah makhluk yang hidup bermasyarakat secara semula jadi. Kepimpinan politik adalah satu yang diharungi dalam apa sistem sekalipun, demi menjaga kestabilan, keamanan dan kelangsungan hidup manusia di atas muka bumi. Ini kerana secara semula jadinya, manusia suka bercakaran antara satu sama lain. Orang yang kuat akan menindas orang yang lemah dan begitulah seterusnya. Siyasah dalam Islam terbina atas tujuan menjaga kemaslahatan hidup manusia berasaskan syariat. Ada pemerintahan yang diatur secara tabe‟i dan ada yang berpandukan manhaj ilmu. Manakala yang berpandukan syarak dinamakan siyasah syar‟iyyah. Ini dijelaskan lagi berdasarkan pendapat sarjana Islam berikut.

1)  Menurut Ibn Khaldun (meninggal 808 H)

Siyasah syar‟iyyah adalah satu mekanisme untuk menjalankan pentadbiran negara dan pelaksanaan hukum-hukum, merancang dan meminda peraturan dan undang-undangnya (Ibn Khaldun: tt, hal. 302-311). Bagi melaksanakan siyasah syar‟iyyah ini, Ibn Khaldun menyatakan dua kaedah yang perlu digunakan. Pertama, dinamakan siyasah diniyyah (agama) untuk kebaikan dunia dan akhirat bersandarkan kepada prinsip-prinsip dan ketentuan syariat yang diturunkan Allah di mana ia wajib dipatuhi dan ditaati tanpa dipersoalkan berdasarkan kepada konsep keimanan dan pembalasan di akhirat kelak. Kedua, bersandarkan kepada kekuatan akal (siyasah aqliyyah) yang juga wajib dipatuhi. Kewajiban mematuhi siyasah akal ini kerana tindakan, keputusan dan dasar yang diambil melalui kaedah ini tetap berpandu kepada kepentingan dan kemaslahatan masyarakat seluruhnya.[1]

Ibnu Khaldun berpendapat kerajaan atau al-mulk bertanggungjawab menanggung semua manusia mengikut kehendak tujuan dan nafsu, dan kerajaan siyasi atau politik, menanggung semua manusia mengikut kehendak pandangan akal dalam membawa kemaslahatan dunia dan menolak kemudharatan.[2] Oleh sebab itu, khilafah ialah menanggung semua manusia mengikut kehendak


pandangan syarak untuk mendatangkan kemaslahatan akhirat dan dunia yang kembali kepadanya iaitu mengawal agama dan menyusun urusan dunia dengannya

Ibn Khaldun juga berhujah bahawa kerajaan yang berasaskan kepada ketentuan syariat akan menzahirkan tuntutan sosial masyarakat yang harmonis, sejahtera dan berkeadilan sebagaimana yang menjadi tujuan syariat itu diturunkan. Sedangkan bagi pemerintah atau Sultan yang mengabaikan syariat sebagai sistem politiknya, maka kehidupan masyarakat dan negara terancam dengan kehidupan yang tidak stabil, keharmonian antara puak dan golongan sentiasa menjadi sesuatu yang menakutkan dan menjadi bom jangka yang pada bila-bila masa boleh meletup, kekerasan dan paksaan menjadi santapan rutin masyarakat dan memberi kesan negatif lain. Ini kerana kerajaan yang tidak menerapkan syariah sebagai tunggak utama pemerintahan, maka ia hanya lebih banyak memberi faedah kepada pemimpin tertentu dibanding membela rakyatnya dan mengutamakan kepentingan awam lainnya. Oleh sebab itu, Ibn Khaldun berpendapat siyasah syar‟iyyah sebagai peraturan-peraturan kerajaan yang selaras dengan ketentuan syariat dan apapun peraturan yang dijalankan kepada masyarakat yang dapat memenuhi kehendak syariah Islamiyyah.[1]

2)  Menurut Ibn Abidin (meninggal 1252 H)

Beliau mendefinasikan siyasah syar‟yiyah sebagai satu mekanisme yang mempunyai visi dan misi untuk membaiki keadaan rakyat dengan cara membimbing mereka ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat (Ibn Abidin: 1992, hal: 15). Dalam hal ini, Ibn Abidin lebih menitikberatkan pengertian siyasah syar‟iyyah kepada implementasi hukum syariah. Peraturan dan undang-undang yang diciptakan bertujuan untuk menciptakan masyarakat yang harmoni dan stabil. Oleh sebab itu, penggunaan takrif siyasah dalam pengertian Ibn Abidin adalah menjadikan hukum Islam sebagai sumber premier hukum agar keadilan dapat ditegakkan tanpa mengambil kira latar belakang status sosial seseorang. Hal ini termasuk memberikan hukuman yang berat termasuk hukuman mati kepada pelaku jenayah yang bertujuan untuk menimbulkan rasa insaf di kalangan pelakunya.[2]
                                                                     
Seni memerintah, ketelitian, kecermatan dan kecerdikan dalam membuat dasar-dasar kerajaan dan kepentingan masyarakat umum yang mana semuanya dipandu dengan ketentuan syariat dan menekankan pentingnya aspek maqasid al-syariah merupakan intipati daripada pemikiran dan teori yang dikemukakan oleh Muhammad Naim Yasin (Shukeri Mohammad: 2011). Teori ini juga diperkukuh dengan penjelasan al-Atwah yang menambahkan bahawa konsep siyasah syar‟iyyah hanya berkisar di dalam wilayah ijtihad sahaja.

Di dalam usul fiqh ia dikenali dengan istilah dalil yang diperdebatkan (zanni al-dalalah). Sedangkan bagi perkara-perkara yang sifatnya prinsip dan sudah pasti (qat`i al-dalalah), penggunaan siyasah dalam perkara ini tidak dibenarkan lagi. Dalam istilah al-Atwah, siyasah syar‟iyyah adalah tindakan yang diambil oleh kerajaan berdasarkan maslahah dalam perkara-perkara yang tidak dijelaskan oleh nas secara langsung dan dalam perkara-perkara yang sentiasa berubah-ubah mengikut perubahan waktu, tempat dan keperluan manusia (Abdul al- Al Atwah: 1993, hal. 44).
3)  Menurut Imam Haramain

Beliau berpendapat imamah sebagai ketua atau pemimpin yang merangkumi tanggungjawab khusus dan juga umum dalam urusan agama dan dunia. Tugasnya ialah menjaga sempadan dan mengurus rakyat, menegakkan dakwah dengan hujjah dan pedang, menghalang penyelewengan dan kezaliman, membela orang yang dizalimi daripada orang yang zalim, mendapatkan hak-hak daripada mereka yang enggan dan menunaikannya kepada orang yang berhak. Apa yang dituntut oleh syariat daripada makhluk ialah berpegang dengan agama, takwa, berpaut dengan amalan yang menghampirkan diri kepada Allah, bekerja keras untuk mencari redha Allah, bercukupan dengan dunia, mengelak dari ajakan hawa nafsu dan menghindarkan diri dari jalan dosa.Menurut al-Haramain, kebanyakan manusia tidak pernah terhalang dari terjerumus ke lembah hawa nafsu dengan semata-mata janji syurga atau neraka, dorongan dan ancaman, lalu Allah s.w.t memberi mandat kepada sultan dan pemimpin untuk menghalang supaya hakhak dapat dipenuhi, habuan disampaikan kepada empunyanya, mencegah orang yang menceroboh, menyokong orang yang adil, mengukuhkan binaan rasional, menghapus segala bentuk pelampauan dan kerosakan, lalu teraturlah urusan dunia dan dengan itu tercapailah maksud agama.

4) Menurut Yusuf al-Qardawi

Beliau mendefinisikan siyasah syar‟iyyah sebagai sistem politik yang menjadikan syariat sebagai teras, kembali dan bersandar kepadanya, mengaplikasikannya di muka bumi, melaksanakan ajaran-ajaran dan prinsipnya di tengah masyarakat, sekaligus sebagai matlamat dan sasaran sistem dan tatacaranya. Tujuannya berdasarkan syariat dan sistem yang dianut berdasarkan syariat (Yusuf al-Qardawi: 1999, hal. 33). Pandangan Yusuf al-Qardawi merupakan reaksi dan perbezaan pandangan pemikiran sekuler dan liberal yang banyak dilaksanakan di dunia Islam belakangan ini. Beliau sama sekali menolak cara dan sistem negara yang didasarkan kepada sistem yang memisahkan syariat di dalam menjalankan pentadbirannya. Oleh sebab itu, tidak ada tolak ansur dalam hal pengertian tentang istilah politik selain dalam perspektif syariah sebagai acuan utamanya. Kritik keras yang dilontarkan oleh Yusuf al-Qardawi terutama dihalakan kepada pengertian politik yang digagaskan oleh Machiavelli. Pengertian dan falsafah politik Machiavelli yang bertunjangkan kepada penyingkiran moral dan menghalalkan segala cara bagi mencapai tujuan politiknya.[1]
Kaedah mengadu domba, berdusta, menebar fitnah, pembunuhan karakter, menganiaya, mengancam, menyingkirkan dan sampai kepada pembunuhan lawan-lawan politiknya merupakan norma yang biasa dalam politik yang tidak menyertakan elemen-elemen syari’ah dalam amalan politik. Daripada beberapa pandangan yang diberikan oleh ulama dan pemikir Islam tentang siyasah syar‟iyyah dapat difahami bahawa kerajaan di samping memiliki kekuasaan untuk menerapkan hukum Allah, ia juga memiliki autoriti untuk membuat pelbagai peraturan hukum berkaitan dengan perkara yang tidak diatur syariah secara eksplisit dan terperinci. Kuasa untuk menetapkan hukum syarak adalah hak Allah. Dia adalah pencipta manusia dan pembuat syariah.


TUJUAN SIYASAH SYAR’IYYAH

Pemerintahan hanyalah wasilah bukannya matlamat iaitu wasilah untuk menegakkan perintah Allah dan melaksanakan amanahNya bagi membawa rahmat ke seluruh alam. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
ومآ أرسلنك إلا رحمة للعلمين                                                                
                                                             
Dan kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam. (Al-Anbiya: 107)

Firman Allah yang bermaksud:
‌الذين إن مكنهم فى الأرض أقاموا الصلوة وءاتوا الزكوة وأمروا بالمعروف ونهو عن المنكر ولله عقبة الأمور                                                                                                      
Iaitu orang-orang yang jika Kami beri kedudukan di bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh membuat yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. (Al-Haj: 41)

Tujuan siyasah syar`iyyah ialah untuk melaksanakan maqasid al-syariah iaitu yang terkandung di dalam perkara yang berkaitan dengan ‘jalb al-masalih’ (mendapatkan kemaslahatan kepada manusia) dan ‘dar’ al-mafasid’ (menghilangkan kemudaratan daripada mereka). Maqasid al-syariah adalah tujuan Allah menurunkan Syariat Islam kepada manusia bagi menjaga agama, jiwa, akal, nasab dan harta. [1]Syariat Islam tidak akan dapat disampaikan dan ditegakkan dalam kehidupan manusia melainkan dengan kuasa pemerintahan, terutamanya perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang dan sistem hidup dalam seluruh aspek kehidupan manusia.[2]


PANDANGAN PARA FUQAHA

Persoalan yang biasa ditimbulkan berkaitan dengan teori siyasah syar’iyyah ini ialah sama ada wajar atau tidak pada pandangan Islam bagi pemerintah atau badan-badan berkuasa di bawahnya membuat keputusan  mengambil langkah yang dikira berfaedah untuk kepentingan umum sekalipun pada lahirnya ia dilihat sebagai tidak berdasarkan mana-mana nas dari al-Quran atau al-Sunnah?

Ibn ‘Uqail, seorang tokoh mazhab Hanbali, sebagai mana dinukilkan oleh Ibn al-Qaiyim dalam al-Turuq al-Hukmiyah Fi al-Siyasah al-Syar’iyyah, menjawab ‘Ya’. Kata beliau, adalah jelas sekali harus menggunakan Siyasah Syar’iyyah dalam pemerintahan. Ia diterima oleh semua imam mazhab.

Sehubungan dengan jawapan tersebut, Ibn ‘Uqail menolak silap faham yang mungkin timbul daripada kata-kata yang berbunyi “Tidak ada siyasah kecuali yang menepati syarak”. Kata beliau, kalaulah kata-kata itu bermaksud bahawa siyasah itu mestilah tidak menyalahi apa-apa yang ditentukan oleh syarak maka ia memang tepat. Tetapi kalaulah ia bermaksud bahawa tidak ada siyasah (berdasarkan) apa yang telah dijelaskan oleh syarak, maka itu adalah satu kekeliruan dan pandangan yang mengelirukan terhadap para sahabat Rasulullah s.a.w.  ini kerana para sahabat Rasulullah s.a.w. sendiri pernah memutuskan hokum berdasarkan kepentingan umum walaupun tidak ada nas secara khusus yang menyokongnya.

Bagi Ibn al-Qaiyim pula, siyasah yang adil itu tidak boleh disifatkan sebagai bercanggah dengan keterangan-keterangan al-Quran dan al-Sunnah. Malah, kata beliau ia adalah sebahagian daripada syariat itu sendiri. Kata beliau, apa yang kita sebutkan sebagai siyasah itu hanyalah pada istilahnya sahaja. Sedangkan pada hakikatnya ia adalah keadilan Allah dan Rasul Nya yang dapat difahami daripada tanda-tanda dan gejala yang ada. Beliau seterusnya menerangkan bahawa siapa sahaja yang peka terhadap syariat Islam dan faham bahawa ia bertujuan untuk melaksanakan kebaikan untuk manusia akan dapat memahami bahawa siyasah yang adil itu adalah sebahagian daripadanya.

Para fuqaha telah mengemukakan berbagai-bagai contoh, di mana langkah-langkah seperti itu selau diambil oleh para pemerintah dan penguasa Islam sejak zaman berzaman lagi. Antaranya ialah penulisan al-Quran, pelantikan Umar r.a sebagai pengganti khalifah oleh Abu Bakar r.a, pelantikan enam anggota majlis perundangan bagi menentukan khalifah selepas Umar r.a, pembentukan jabatan pentadbiran dan penubuhan penjara oleh Umar Ibn al-Khattab r.a. dan sebagainya.

Antara contoh-contoh lain ialah penahanan oleh Rasulullah s.a.w. atas seorang yang tertuduh sebelum sabit kesalahannya, melipat gandakan ganti rugi atas orang yang menyembunyikan barang-barang yang hilang, yang juga dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., tindakan Abu Bakar al-Siddiq membakar seorang pengamal homoseks, tindakan Umar Ibn al-Khattab r.a membakar kedai arak dan kampung yang menjual arak, tindakan Umar Ibn al-Khattab r.a membakar istana Sa’ad Ibn Abi Waqqas kerana istana berkenaan menyebabkan gabenor tersebut terpisah daripada rakyat, dan larangan Umar r.a terhadap para sahabat daripada terlalu banyak meriwayatkan hadis kerana takut tersilap dan berlaku pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w.[1]

Antara contoh-contoh lagi ialah harus menggunakan kanak-kanak di bawah umur dalam urusan membeli belah dalam perkara-perkara kecil, seorang tertentu boleh memakan hidangan yang disajikan di hadapannya tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu, harus meruntuhkan bangunan-bangunan sekitar untuk mengelakkan daripada merebaknya kebakaran, dan lain-lain lagi.[2]

SIYASAH YANG ADIL DAN SIYASAH YANG ZALIM

Nyatalah, doktrin Siyasah Syar’iyyah ini lahir daripada kefahaman yang mendalam dan menyeluruh terhadap kehendak-kehendak syariat dan realiti hidup. Sebagaimana yang ditegaskan oleh para fuqaha, tanpa pemahaman yang menyeluruh seperti ini banyak nilai-nilai keadilan tidak akan terlaksana. Oleh sebab itu adalah sangat perlu bagi pemerintah benar-benar memahami kehendak-kehendak dan realiti hidup ini.

Walaubagaimanapun, para fuqaha cukup berhati-hati dalam memberi nilai terhadap Siyasah Syar’iyyah ini. Mereka menganjurkan agar tidak berlaku sikap keterlaluan dalam menerima atau menolak pemakaiannya dalam urusan pemerintahan. Bagi mereka, kalaulah pihak pemerintah tidak memberikan penilaian terhadap doktrin ini sewaktu mengendalikan pemerintahan negara ia dikira sebagai tidak berlaku adil, malah sebaliknya berlaku zalim. Tetapi sebaliknya pula kalau pemerintah menggunakan doktrin ini dengan secara yang melampaui batas-batas syarak, ia juga terjerumus dalam lembah-lembah kezaliman dan kemungkaran. Bagi mereka, kedua-dua golongan ini bersikap cuai dalam memahami maksud perutusan Rasulullah s.a.w.  Berasaskan kepada nilai-nilai inilah mereka membahagikan Siyasah kepada dua bahagian; siyasah yang adil yang disifatkan sebagai Syar’iyyah, dan keduanya siyasah yang zalim, iaitu yang tidak Syar’iyyah.
Kata Ibn al-Qaiyim:

“Persoalan ini memang sukar dan mudah mengelirukan. Kerana itu ada kalangan yang berpandangan terlau sempit sehingga menyebabkan terbengkalainya undang-undang dan peraturan. Mereka telah menyebabkan banyak hak yang hilang dan menjadikan orang-orang jahat lebih berani melakukan kejahatan. Mereka telah menjadikan Syariat sebagai tidak berdaya untuk menangani kepentingan umat manusia dan memerlukan peraturan yang lain. Mereka telah menutup jalan yang betul kearah mengenali hak dan melaksanakannya sedangkan mereka tahu dengan jelas seperti mana orang lain juga bahawa ia adalah suatu kebenaran.

Di satu pihak yang lain pula terdapat mereka yang terlalu longgar pendiriannya. Mereka menerima konsep Siyasah Syar’iyyah ini dan menjadikannya sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum Allah dan Rasul-Nya. Kedua-dua golongan di atas sebenarnya lahir atas kegagalan mereka sendiri dalam mengenali Syariat Allah. Sesungguhnya Allah mengutus para Rasul dan menurunkan kitab-kitab Nya dengan tujuan supaya manusia berlaku adil, iaitu suatu nilai yang menjadi asas kepada kelahiran bumi dan langit. Maka apabila ternyata tanda-tanda keadilan, baik dalam bentuk apa sekalipun maka itulah Syariat Allah dan agama Nya.

Penegasan yang sama juga telah dibuat oleh ‘Ala’ al-Din al-Tarabulsi. Kata beliau:“Siyasah itu terbahagi kepada dua. Pertamanya Siyasah yang zalim dan diharamkan oleh Syariat. Keduanya Siyasah yang adil, yang boleh menafikan “hak” daripada orang zalim, menghalang berlakunya kezaliman, menghindar kemurkaan dan yang boleh menjadi kearah pencapaian objektif Syariat bagi umat manusia. Kerana itu siyasah yang Syar’iyyah perlu diterima dan dijadikan asas dalam menegakkan hak. Bagaimanapun, ia adalah suatu gelanggang yang luas dan boleh mengelirukan.[1]

Bersikap negatif terhadap Siyasah Syar’iyyah boleh menghilangkan hak dan menghalang kelancaran undang-undang serta peraturan. Ini juga boleh menjadikan orang jahat lebih berani dan selesa. Sementara bersikap terlalu longgar dalam menggunakannya pula boleh menyebabkan berlaku kezaliman, pertumpahan darah dan pengambilan harta secara tidak syar’i. Kerana itu terdapat golongan yang bersikap terlalu ketat dan tidak sepatutnya. Dengan itu mereka tidak mengambil kira Siyasah Syar’iyyah ini kecuali amat jarang sekali dengan anggapan bahawa pengamalnya bertentangan dengan kaedah yang begitu jelas kearah kebenaran dan membuka jalan kearah keburukan yang jelas. Ini kerana penolakan terhadap Siyasah Syar’iyyah bererti penolakan terhadap nas-nas syarak dan bersikap memandang serong terhadap para khalifah al-Rasyidin.[2]

OBJEK DAN KAEDAH SIYASAH SYAR’IYYAH


Dengan siyasah Syar’iyyah, pemimpin mempunyai kewenangan menetapkan kebijakan disegala bidang yang mengandung kemaslahatan umat. Baik itu di bidang politik, ekonomi, hukum dan Undang-Undang. Secara terperinci Imam al Mawardi menyebutkan diantara yang termasuk ke dalam Ahkamus Sulthaniyah (hukum kekuasaan) atau kewenangan siyasah Syar’iyyah sekurang-kurangnya termasuk dalam beberapa bidang, iaitu:
1)  ‘Aqdul Imamah atau kaharusan dan tatacara kepemimpinan dalam Islam yang merujuk kepada syura.
2)  Taqlid al-imârah 'ala al- bilâd, pengangkatan pejabat negara seperti gabenor, wali negeri, atau kepala daerah dan sebagainya.
3)  Taqlid al-imârat 'ala al-jihâd, mengangkat para pejabat tentera, panglima perang dan sebagainya.
4)  Wilayah 'ala hurûbi al- mashâlih, iaitu kewenangan untuk memerangi para pemberontak atau ahl al- riddah.
5)  Wilayatu al-qadha, kewenangan dalam menetapkan para pemimpin pengadilan, para qadhi, hakim dan sebagainya.
6)  Wilayatu al-madhalim, kewenangan memutuskan persengketaan di antara rakyatnya secara langsung ataupun menunjuk pejabat tertentu.
7)  Wilayah 'ala imamati ash-shalawat, kewenangan mengimami solat baik secara langsung atau mengangkat petugas tertentu.
8)  Wilayah 'ala al-hajj, kewenangan dan tanggungjawab dalam pelayanan penyelenggaraan keberangkatan haji dan dalam memimpin pelaksanaannya.
9)  Wilayah fi ahkami al-hisbah, kewenangan dalam menetapkan lembaga pengawasan.


Ulama yang lain, seperti Ibnu Taimiyah juga mengupas beberapa masalah yang masuk dalam kewenangan siyasah Syar’iyyah. Beliau mendasarkan teori siyasah Syar’iyyah. Sebagaimana firman Allah SWT dalam (Surah An Nisa ayat 58 dan 59) :

إن الله يأ مركم أن تؤد وا الأمنت إلى أهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم إن الله كان سميعا بصيرا                                                      
Sesungguhnya, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (An-Nisa: 58)

يأ يها الذين ءامنوا أطيعوالله وأطيعواالرسول وأولى الأمر منكم فإن تنزعتم في شئء فردوه إلى الله والرسول إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر ذلك خير وأحسن تأويلا                                                                                                    Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisa: 59)[1]

Dimana kedua ayat tersebut menurut beliau adalah landasan kehidupan masyarakat muslim yang berkaitan dengan hak dan kewajiban antara pemimpin dan rakyat. Ayat pertama berisi kewajiban dan kewenangan para pemimpin sedang ayat kedua berisi kewajiban rakyat terhadap pemimpinnya. Secara garis besarnya, berdasar ayat pertama (An Nisaa 58), kewajiban dan kewenangan 29 pemimpin adalah menunaikan amanat dan menegakkan hukum yang adil. Sedang kewajiban rakyat adalah taat kepada pemimpin selama mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya (ayat An Nisaa yang ke 59).

Kewajiban penguasa dalam menunaikan amanat meliputi pengangkatan para pejabat dan pegawai secara benar dengan memilih orang-orang yang ahli jujur dan amanah, pembentukan jabatan yang diperlukan dalam menjalankan tugas negara, menguruskan wang rakyat dan wang negara dari zakat, infaq, sedekah, fai’ dan ghanimah serta segala perkara yang berkaitan dengan amanat kekayaan. Sedang siyasah Syar’iyyah dalam bidang penegakan hukum yang adil memberi tugas dan kewenangan kepada penguasa untuk membentuk pengadilan, mengangkat qadhi dan hakim, melaksalanakan hukuman hudud dan ta'zir terhadap pelanggaran dan kejahatan seperti pembunuhan, penganiyaan, perzinaan, pencurian, peminum khamer, dan sebagainya serta melaksanakan musyawarah dalam perkara-perkara yang harus dimusyawarahkan.[1]

Sementara itu, Ibnu Qayyim memperluas pembahasan Siyasah Syar’iyyah dalam penegakan hukum yang tidak terdapat nash atau dalilnya secara langsung dari al-Qur'an mahupun Hadis. Maka beliau menguraikan panjang lebar masalah-masalah yang berkaitan dengan kes-kes hukum acara dan pengadilan. Beliau membawakan berbagai pembahasan yang merupakan contoh kes penetapan hukum dengan pendekatan siyasah Syar’iyyah. Diantaranya adalah tentang penetapan hukum yang pembuktiannya berdasarkan firasat (ketajaman naluri dan mata batin hakim), amarat (tanda-tanda atau ciri-ciri yang kuat), dan qara’in (indikasi-indikasi yang tersembunyi). Demikian juga beliau membahas tentang menetapkan hukum berdasarkan al-Quran atau dengan cara mengundi, saksi orang kafir, saksi wanita, memaksa terdakwa supaya mahu mengakui perbuatannya, dan sebagainya.[2]
Diantara hujah yang mendasari adanya dasar politik syariat adalah apa yang telah dikemukakan di muka bahwa teras dari syariat Islam adalah menegakan keadilan, kemaslahatan dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat. Maka walaupun secara teks tidak terdapat di dalam al-Qur'an dan Hadis, tetapi jika sudah nyata ada keadilan dan kemaslahatan maka disitulah hukum Allah berada dan tidaklah mungkin bertentangan dengan syariat.

Disamping itu ada bukti sejarah bahwa keputusan-keputusan hukum yang dilaksanakan pada masa Khulafa’ Rasyidin yang mengindikasikan sebagai dasar siyasah dalam bidang hukum. Di antara contoh-contoh tersebut adalah: Pertama, tindakan Othman membakar catatan-catatan wahyu yang dimiliki para sahabat secara perorangan untuk disatukan dalam mushaf Imam. Dasar ini sama sekali tidak mendapat dalil dari teks al-Qur'an mahupun Hadis Nabi, tetapi dasar politik Othman untuk kemaslahatan umat dan persetujuan sebahagian besar dari sahabat yang lain menunjukan keabsahan keputusan tersebut. Kedua, keputusan Ali menghukum bakar kaum zindiq untuk menimbulkan kesan pencegahan atas tindakan yang dianggap kejahatan luar biasa. Padahal Rasulullah sendiri membenci menghukum dengan cara membakar. Ketiga, keputusan khalifah Umar untuk tidak menghukum potong tangan pencuri yang miskin di masa krisis, tidak memberikan bahagian zakat kepada muallaf dari kalangan musyrik, dan menetapkan jatuh talak tiga dalam satu majlis.

Keempat, tindakan Abu Bakar yang memutuskan memerangi para pembangkang zakat padahal mereka masih sebagai muslim yang bersyahadat dan menjalankan kewajiban solat Hasbi As Shiddieqy, sebagaimana dikutif oleh A.Djazuli, merangkum objek atau wilayah liputan siyasah Syar’iyyah itu kepada lapan bidang, iaitu: (1) siyasah dusturiyah Syar’iyyah; (2) siyasah tasyri'iyah Syar’iyyah; (3) siyasah qadhaiyah Syar’iyyah; (4) siyasah maliyah Syar’iyyah; (5) siyasah idariyah Syar’iyyah; (6) siyasah dauliyah; (7) siyasah tanfiziyah syra'iyah; (8) siyasah harbiyah Syar’iyyah. 28 Sedangkan dalam kurikulum Fakulti Syariah liputan  kajian Fiqih siyasah diringkas menjadi empat bidang iaitu Fiqh Dustury, Fiqh Maly, Fiqh Dauly, dan Fiqh Harby
.

Adapun pendekatan kajian dan penerapan Siyasah Syar’iyyah menggunakan metode Qiyas, al Maslahatul Mursalah, Saddud Dzari'ah dan Fathud Dzari'ah, Al-'Adah, Al Istihsan, dan kaedah-kaedah kulliyah fiqhiyah.

KEHUJJAHAN SYASIAH SYAR’IYYAH

Siyasah Syar’iyyah merupakan suatu ilmu bidang ilmu yang mempelajari hal ihwal pengaturan urusan masyarakat dan negara dengan segala bentuk hukum, aturan dan kebijakan yang dibuat oleh pemegang kekuasaan negara yang sejalan dengan jiwa dan prinsip dasar syariat Islam untuk mewujudkan kemaslahatan masyarakat.

Tujuan utama yang hendak dicapai ilmu Siyasah menurut Abdul Wahhab Khallaf adalah terciptanya sebuah sistem pengaturan negara yang Islami dan untuk menjelaskan bahwa Islam menghendaki terciptanya suatu sistem politik yang adil   merealisasikan kemaslahatan bagi umat manusia disegala zaman dan disetiap negara.[1]

Objek pembahasan siyasah Syar’iyyah adalah berbagai aspek perbuatan mukallaf sebagai subjek hukum yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat dan negara yang diatur berdasar ketentuan yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip dasar nas syariat yang bersifat universal. Atau objek kajian fiqih siyasah adalah berbagai peraturan dan perundangan dan Undang-Undang yang diperlukan untuk mengatur negara sesuai dengan pokok ajaran agama guna merealisasikan kemaslahatan umat manusia dalam memenuhi berbagai keperluannya.[2]

Dari definisi siyasah yang dikemukakan di atas mengandung beberapa pengertian. Pertama, bahwa tindakan atau dasar siyasah itu untuk kepentingan orang banyak. Ini menunjukan bahwa siyasah itu dilakukan dalam konteks masyarakat dan pembuat dasarnya pastilah orang yang punya pihak berkuasa dalam mengarahkan awam. Kedua, kebijakan yang diambil dan diikuti oleh awam itu bersifat alternatif dari beberapa pilihan yang pertimbangannya adalah mencari yang lebih dekat kepada kemaslahatan bersama dan mencegah adanya keburukan. Hal seperti itu memang salah satu sifat khas dari siyasah yang penuh cabang dan pilihan. Ketiga, siyasah itu dalam wilayah ijtihadi. Iaitu dalam urusan-urusan awam yang tidak ada dalil qath'i dari al-Qur'an dan Sunnah melainkan dalam wilayah kewenangan imam kaum muslimin.

Sebagai wilayah ijtihadi maka dalam siyasah yang sering digunakan adalah pendekatan qiyas dan masalahat mursalah. Oleh sebab itu, dasar utama dari adanya siyasah Syar’iyyah adalah keyakinan bahwa syariat Islam diturunkan untuk kemaslahatan umat manusia di dunia dan akhirat dengan menegakkan hukum yang seadil-adilnya meskipun cara yang ditempuhnya tidak terdapat dalam al-Qur'an dan Sunnah secara jelas.

Jadi intipati dari siyasah Syar’iyyah adalah dasar penguasa yang dilakukan untuk menciptakan kemaslahatan dengan menjaga rambu-rambu syariat. Rambu-rambu syariat dalam siyasah adalah: (1) dalil-dalil kulli, dari al-Qur'an mahupun al-Hadis; (2) maqasid syari'ah; (3) semangat ajaran Islam; (4) kaedah-kaedah kulliyah fiqhiyah.

KESIMPULAN

Walaupun kita bersetuju bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dari segi takrif dan istilah, tetapi pengamalan siyasah syar`iyyah di dalamnya tidak sempurna atau tidak menyeluruh. Terdapat kecacatan di sana sini dari segi syarat perwakilan, ciri-ciri pemimpin, kaedah akad kontrak dan kuasa bagi mendaulatkan Islam dan memelihara martabat umat Islam. Umat Islam perlu dalam pendirian politiknya memastikan keadaan politik mereka berada pada tahap terpelihara sehingga dapat mempertahankan kepentingan Islam dan umat Islam seperti yang tercatat dalam perlembagaan. Umat Islam harus berusaha untuk mengatasi cabaran politik yang mencipta keadaan politik baru yang membolehkan mereka melaksanakan siyasah syar`iyyah secara sempurna. Perubahan politik memerlukan terlebih dahulu perubahan terhadap akidah dan kefahaman umat.

Satu fakta yang penting juga ialah arahan melaksanakan tuntutan fardu kifayah adalah kewajipan ke atas bahu umat Islam. Pemerintah bagi pihak umat Islam dalam melaksanakan tuntutan fardu kifayah tersebut agak sukar digambarkan dalam keadaan umat tidak faham dan tidak bersedia untuk dibebankan dengan tanggungjawab pelaksanaan siyasah syar`iyyah. Tanggungjawab pemerintah perlu terus berusaha mengukuh dan meninggikan kedudukan Islam dan memartabatkannya melalui pelbagai agensi yang sedia diperuntukkan di dalam perlembagaan.


Di samping itu usaha berterusan untuk mendidik dan membangunkan umat Islam agar memahami dan memiliki kemampuan untuk mengisi keperluan sebuah negara berasaskan siyasah syar`iyyah perlu dilaksanakan. Parti pembangkang pula boleh memainkan peranan amar makruf nahi mungkar, memuhasabah pemimpin, melakukan hisbah, sebagai kuasa pendesak, pengimbang kuasa dan sebagainya. Semua tindak tanduk politik hendaklah mengarah kepada memelihara dan memperkukuhkan kedudukan umat supaya perbalahan politik yang berlaku tidak mengakibatkan kehilangan kuasa umat Islam.



Abdul Rahman Bin Hj Nordin
Talian : 019 492 2877

Syarikat Rahman 82 Global Enterprise (KC0049261-K)


Perniagaan Kami

Bisnes Jaringan Maya
Klinik Pakar Urut Anda
Rawatan Islam
Islamic Produk kesihatan, Makanan dan Minuman
Pakaian lelaki wanita 
                                                          Tips Untuk Usahawan Muda

https://sebilanpersepuluhrezekiperniagaan.blogspot.com/
https://jatuhberkalikaliitudewasa.blogspot.com/                                                                          https://perangelektronikubahpemikiran.blogspot.com/                                                                https://tumbuhanituubat.blogspot.com/                                                                                      https://persisnovelcaronavirus.blogspot.com/                                                                              https://wanitadanintegriti.blogspot.com/                                                                                    https://springtimur.blogspot.com/                                                                                              https://addinsiyasah.blogspot.com/
https://penamagfirah.blogspot.com/       
                 https://1001manfaatpokokkelapa.blogspot.com/                 

Ulasan